NOTA:

JADUAL KULIAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN.

Sunday, March 17, 2013

Kupasan Buku, Malam Ini.


Kupasan Buku 
Tarikh: 17 Mac 2013 (Isnin)  - malam ini
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Surau Andalusia BLM
Penceramah: Us Subki Abd Rahman

Biodata beliau:
Beliau dilahrkan di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan pada awal tahun 1968. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Repek sebelum menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Pasir Mas sehingga tingkatan lima. Menduduki peperiksaan Sijil Empat Thanawi di Madrasah Nahdhah Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam kuliah Syariah Islamiah pada tahun 1987–1992. Sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik menjadi Mudir/Pengetua kepada Kelas Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan sejak tahun 1993–1997.
Beliau adalah pengasas kepada penubuhan Maahad Tahfiz Darul Quran, Repek, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1997 sehingga kini. Beliau telah menghafal Al-Quran dengan Al-Sheikh Mustafa Al-Halawaani yang bertempat di Masjid Husain, Mesir sehingga memperoleh sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW. Pernah berguru dengan Tuan Guru Haji Abdullah, Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan, Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (ketika di Mesir) dan juga Pak Hamid iaitu ayah kepada Syeikh Khadri Al-Hafiz semasa belajar di Madrasah Nahdhah Bukit Besar, Kota Sarang Semut, Kedah.

No comments: