NOTA:

JADUAL KULIAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN.

Saturday, November 26, 2011

Ceramah Maal Hijrah.


Tarikh: 29 Nov. 2011
Hari: Selasa
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat:Surau Andalusia

Penceramah
Ustaz Haji Shahul Hamid
Biodata Penceramah:

Ustaz Haji Shahul Hamid Bin M.P.H. Seeni Mohamad juga dikenali dengan gelaran Abu Muhammad An-Naqsyabandiy Al-Filfilani. 


Pendidikan :

Menerima pendidikan dari Madarasah Al-Masriyyah Bukit Mertajam Pulau Pinang (1988-1990) dan Madrasah Misbah al-Falah (Pondok Lanai) ,Parit Panjang Baling, Kedah (1990-1999).Tidak cukup dengan itu beliau mengikuti pengajian dari guru-guru terkemuka seperti Tuan Guru Haji Ismail sepanjang, Tuan Guru Haji Abdullah Sara dan Tuan Guru Haji Abdullah Kedi di selatan Thailand pada musim cuti di antara tahun 1996-1998.

Yang Mulia Ustaz adalah merupakan pemegang Syahadah Thanawiyyah Madrasah Misbah al-Falah (1993); Diploma Thanawiyyah dari madrasah al-Tahzib Titi Serong,Parit Buntar,Perak (1998); Diploma Syariah Islamiah dari Ma’ahad ‘Ali (2000); Ijazah Sarjana muda (Kepujian) Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar (2005); Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Dakwah dan Kaunseling Islam, Universiti Sultan Syarif Qosim, Riau, Indonesia (2006). 

Kerjaya :

Beliau pernah berkhidmat di Madrasah Misbah al-Falah (1994-1997); Yayasan al-Khairiah, Kg Pisang, Kupang, Baling (1998); Sekolah asrama Paya Terubong Pulau Pinang (sekolah kanak-kanak kes juvana) selama 4 tahun (1996-1999) dan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kg Rawa, Pulau Pinang (1999 ). 

Beliau kemudiannya mengasaskan Ma’had Tahfiz al-Quran dan pengajian Islam Darul Tahzib, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada tahun 1999.


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah 1433.


Assalamualaikum.  Selamat menyambut tahun baru 1433H pada 27 Nov. 2011 nanti. Bacalah artikel di bawah sebagai renungan..

 Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya." (Riwayat Muslim) 

Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam. Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218) 

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100) 

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40) 

 إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218) 

 Credit to: http://www.iluvislam.com/

Friday, November 4, 2011

Program Korban 1432H.

Sembelihan korban akan dilaksanakan pada 7 Nov. 2011, jam 7.30 pagi. Sila datang awal khususnya kepada peserta korban.

Solat Sunat Aidiladha 1432 H.

Pengerusi dan seluruh AJK Khariah Bandar Laguna Merbok mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha. Sama-samalah kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Untuk makluman muslimin dan muslimat di Bandar Laguna Merbok, solat sunat Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan pada 6 Nov. 2011, jam 8.00 pagi. Diharap semua muslimin dan muslimat datang awal.