NOTA:

JADUAL KULIAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN.

Tuesday, May 27, 2014

Pantun Isra' Mikraj.

Keris sebilah dibawa ke Rokan
Senjata purba pahlawan silam
Maha Suci Allah yang mnggerakkan
Perjalanan hamba di suatu malam


Senjata purba pahlawan silam
Silat bertingkah gaya perkasa
Prjalanan hamba di suatu malam
Dari Makkah ke Masjidil Aqsa


Silat bertingkah gaya perkasa
Sifat wibawa tekun usaha
Dari Makkah ke Masjidil Aqsa
Terus dibawa ke Sidratul Muntaha


Sifat wibawa tekun usaha
Di Puncak mahligai Kota Anggerik
Terus dibawa ke Sidratul Muntaha
Melihat pelbagai peristiwa menarik


Di puncak mahligai Kota Anggerik
Cantik hiasan anjung di barat
Melihat pelbagai peristiwa menarik
Gambaran balasan hari akhirat


Cantik hiasan anjung di barat
Bentang hamparan tengah halaman
Gambaran balasan hari akhirat
Jadi pengajaran orang beriman


Hamparan berkilat jadi hiasan
Atas serambi hujung beranda
Akhirnya solat menjadi bingkisan
Kepada Nabi dan umat baginda


Nukilan; Abd Halim Shafie. BLM

Monday, May 12, 2014

Kuliah Tn Imam Masjid Andalusia.

KULIAH MAGHRIB




PENGAJAR: USTAZ BURHANUDDIN BIN HJ WAHAB

--TAFSIR SURAH YASIN--

TARIKH: 12 Mei 2014

TEMPAT: Masjid Andalusia




Muslimin dan muslimat dijemput hadir.