NOTA:

JADUAL KULIAH TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN.

Wednesday, December 28, 2011

Kuliah Malam Ini.

KULIAH MAGHRIB

Pengajar: TUAN SYEIKH AMINUDIN BIN HJ ABD RAHIM



MAKLUMAT DIRI



NAMA:TUAN SYEIKH AMINUDIN BIN HJ ABD RAHIM
TARIKH:24 DISEMBER 1971
LAHIR




PENDIDIKAN



1977-1982:SEK. KEB. BUKIT BESAR
1983-1990:MADRASAH AN-NAHDHAH, BUKIT BESAR
-:UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR


SARJANA MUDA (BA) SYARIAH


PENGALAMAN KERJA

1:GURU SANDARAN - SEK. AGAMA TAUFIQIAH


KHAIRIAH AL-HALIMAH, GUAR CHEMPEDAK
2:PENSYARAH - INSTITUT BAHASA ARAB (MINDA)


SUNGAI PETANI
3:GURU MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR
4:GURU J-QAF - SEK. KEB. HAJI HASSAN ITAM,
5:PENOLONG PENSYARAH - KULIYYAH SYARIAH, KUIN (2010 HINGGA KINI)
HASIL PENULISAN
1:HUSNUL IBANAH FI BAYAAN SYURUT MALABIS AL-MU'MINAH
2:AL-KAULUL JALI FI DU'A AL-IMAM GHAZALI
3:TASYWIK AL-MUSLIM ILA HUDHUR MAJALIS AL-ILMI
4:PAKAIAN MUSLIMAH - TERBITAN JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH

Tuesday, December 27, 2011

Kuliah Malam Ini.


KULIAH MAGHRIB

Pengajar: Ustaz Abd Halim Nasir

Kitab Bahrul Mazi
Jilid 17


Tempat: Surau Andalusia BLM
Masa: Selepas Solat Maghrib

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sunday, December 25, 2011

Kuliah Malam Ini.

KULIAH MAGHRIB

Pengajar: Ustaz Hj Ku Md Ali Ku Ramli

Tempat: Surau Andalusia BLM

Masa: Selepas Solat Maghrib

Friday, December 23, 2011

Kuliah Malam Ini.

KULIAH MAGHRIB

Pengajar: Ustaz Abd Halim Nasir

Tafsir Surah  Maryam


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Thursday, December 22, 2011

Aktiviti Hari ini.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kem Hafazan 2011

Tarikh: 22 Disember 2011 (Khamis)/ 26 Muharram 1432H
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Surau BLM

Majlis penutup akan dirasmikan oleh Pegawai Agama Daerah Kuala Muda (InsyaAllah)
Agenda: Pertandingan akhir Nasyid, pidato/bercerita, hadiah hafazan, pertandingan azan dll

Semua waris pelajar dijemput hadir




BACAAN YASSIN

Selepas solat Maghrib

Wednesday, December 21, 2011

Kuliah Malam Ini.


KULIAH MAGHRIB


PENGAJAR: USTAZ ZULKIFLI ASSYATHIRI

KITAB HIDAYATUS SALIKIN

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT: SURAU ANDALUSIA

Tuesday, December 20, 2011

Kuliah Malam Ini

KULIAH MAGHRIB

Pengajar: Ustaz Zulkifli Bin Ahmad

Tafsir-Juz Amma

Tempat: Surau Andalusia

Masa: Selepas Solat Maghrib

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sunday, December 18, 2011

Kuliah Malam Ini.

KULIAH MAGHRIB
Pengajar: Ustaz Mohd Fauzi Tahir
Fiqh Muamalat

Tempat: Surau Andalusia
Masa: Selepas Solat Maghrib

Muslimin dan muslimat dijempaut hadir.

Friday, December 16, 2011

Kuliah Malam Ini

KULIAH MAGHRIB

Us. Mohd Saiful Islami
Tempat: Surau Andalusia
Masa: Selepas Solat Maghrib

Thursday, December 15, 2011

Ceramah Maal Hijrah


Tarikh: 19 Disember 2011 (Isnin)/23 Muharram 1433H
Masa: Selepas Maghrib
Tempat : Surau BLM

Penceramah: Ustaz Dato' Sheikh Fadhil Awang
Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Ceramah ini adalah menggantikan ceramah yang dulu kerana penceramah terlibat dalam kesesakan di Jambatan Pulau Pinang.

Wednesday, December 14, 2011

Lawatan Ke Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW di Gurun, Kedah.


Seramai 127 orang pelajar Kem Hafazan akan mengadakan lawatan ke Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW. 

Tarikh: 18 Disember 2011 
Hari: Ahad.
Masa bertolak: 9.00 pagi

Lawatan ini adalah percuma, 2 buah bas disediakan. Para waris juga dijemput hadir

Kuliah Malam Ini.

KULIAH MAGHRIB

Pengajar: Ustaz Akmal Hizam Darus

Masa: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Surau Andalusia

Thursday, December 8, 2011

Bacaan Yasin Malam Ini.

Assalamualaikum

Kepada muslimin muslimat warga Bandar Laguna Merbok, anda dijemput ke Surau Andalusia untuk ke majlis bacaan Yasin selepas solat Maghrib pada malam ini.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam hidup.

Terima kasih.

Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

Puasa Sunat Hari Asyura.


Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk melakukan ibadah sunat khusus yang dilakukan pada masa tertentu, iaitu peluang untuk melakukan puasa sunat Hari Asyura. Biasanya Hari Asyura ni, orang kita selalu teringat nak buat bubur je (bubur asyura yg ada macam2 jenis kacang kat dalam tu.. dipanggil juga tepung talam kalau tak silap). Tapi, kerapkali kita melupakan amalan yg lebih utama dilakukan pada hari itu, iaitu berpuasa sunat, berbanding amalan gotong royong masak bubur.

1. Kelebihan :
- Sebenarnya takde amalan yang lebih utama pada hari Asyura, kecuali berpuasa.
Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)

- Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yg utama selepas puasa bulan Ramadhan :

Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)

- Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari2 biasa.. atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaAllah, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :

Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)

2. Kaedah puasa.
Rukunnya adalah niat dan menahan diri daripada makan dan minum bermula daripada terbit fajar (masuk waktu Subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib).

Niatnya adalah lintasan hati yg mengatakan bahawa kita berpuasa sunat kerana Allah Taala. Waktu berniat adalah sebelum masuk waktu Subuh sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Jadi, kalau belum makan (selepas Subuh) atau belum jimak dsb (pendek kata, belum melakukan perkara2 yg membatalkan puasa), maka boleh berniat sekalipun pada pukul 10 pagi dan meneruskan puasa sampai masuk waktu Maghrib.

3. Berapa hari puasa sunat ini?
Sebenarnya puasanya adalah sehari saja, iaitu pada 10 Muharram (iaitu esok). Tetapi Nabi s.a.w. memerintahkan supaya kita sentiasa membezakan amalan Yahudi yg mengagungkan 10 Muharram itu :

Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh as-Suyuthi)

Tetapi, kalau puasa hari Asyura (pada 10 Muharram) saja pun takde masalah, dan bukanlah makruh.. tetapi sebaiknya puasa itu diperbanyakkan.. boleh melakukan sehari sebelumnya (macam hari ni, 9 Muharram, dipanggil hari Tasu’a) dan sehari pada 10 Muharram.. atau kalau tak larat nak puasa hari ni, boleh mulakan puasa pada 10 Muharram (esok) dan tambah sehari lagi puasa pada 11 Muharram (lusa). Kalau nak buat 3 hari (9 – 11 Muharram), itu pun boleh juga.. Malah puasa 3 hari berturut ini diamalkan oleh Imam as-Syafie.

Jadi, marilah kita sama2 melakukan puasa sunat ini.

Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita dan menambahkan keberkatan dalam hidup kita.. insyaAllah, amin.


KEM HAFAZAN.


Kem Hafazan aL-Quran yang sedang berlangsung sekarang di Surau Andalusia Bandar Laguna Merbok.

Program ini bermula dari 27 Nov hingga 22 Dis. 2011 (20 hari) .Jumlah peserta ialah seramai 107 orang.

Berikut ialah foto-foto berkaitan program tersebut.









Kuliah Malam Ini.

KULIAH MAGHRIB


PENGAJAR: USTAZ ZULKIFLI ASSYATHIRI

KITAB HIDAYATUS SALIKIN

TARIKH: 5 DIS. 2011

MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT: SURAU ANDALUSIA

Saturday, November 26, 2011

Ceramah Maal Hijrah.


Tarikh: 29 Nov. 2011
Hari: Selasa
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat:Surau Andalusia

Penceramah
Ustaz Haji Shahul Hamid
Biodata Penceramah:

Ustaz Haji Shahul Hamid Bin M.P.H. Seeni Mohamad juga dikenali dengan gelaran Abu Muhammad An-Naqsyabandiy Al-Filfilani. 


Pendidikan :

Menerima pendidikan dari Madarasah Al-Masriyyah Bukit Mertajam Pulau Pinang (1988-1990) dan Madrasah Misbah al-Falah (Pondok Lanai) ,Parit Panjang Baling, Kedah (1990-1999).Tidak cukup dengan itu beliau mengikuti pengajian dari guru-guru terkemuka seperti Tuan Guru Haji Ismail sepanjang, Tuan Guru Haji Abdullah Sara dan Tuan Guru Haji Abdullah Kedi di selatan Thailand pada musim cuti di antara tahun 1996-1998.

Yang Mulia Ustaz adalah merupakan pemegang Syahadah Thanawiyyah Madrasah Misbah al-Falah (1993); Diploma Thanawiyyah dari madrasah al-Tahzib Titi Serong,Parit Buntar,Perak (1998); Diploma Syariah Islamiah dari Ma’ahad ‘Ali (2000); Ijazah Sarjana muda (Kepujian) Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar (2005); Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Dakwah dan Kaunseling Islam, Universiti Sultan Syarif Qosim, Riau, Indonesia (2006). 

Kerjaya :

Beliau pernah berkhidmat di Madrasah Misbah al-Falah (1994-1997); Yayasan al-Khairiah, Kg Pisang, Kupang, Baling (1998); Sekolah asrama Paya Terubong Pulau Pinang (sekolah kanak-kanak kes juvana) selama 4 tahun (1996-1999) dan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kg Rawa, Pulau Pinang (1999 ). 

Beliau kemudiannya mengasaskan Ma’had Tahfiz al-Quran dan pengajian Islam Darul Tahzib, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada tahun 1999.


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah 1433.


Assalamualaikum.  Selamat menyambut tahun baru 1433H pada 27 Nov. 2011 nanti. Bacalah artikel di bawah sebagai renungan..

 Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya." (Riwayat Muslim) 

Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam. Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218) 

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100) 

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40) 

 إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218) 

 Credit to: http://www.iluvislam.com/

Friday, November 4, 2011

Program Korban 1432H.

Sembelihan korban akan dilaksanakan pada 7 Nov. 2011, jam 7.30 pagi. Sila datang awal khususnya kepada peserta korban.

Solat Sunat Aidiladha 1432 H.

Pengerusi dan seluruh AJK Khariah Bandar Laguna Merbok mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha. Sama-samalah kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Untuk makluman muslimin dan muslimat di Bandar Laguna Merbok, solat sunat Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan pada 6 Nov. 2011, jam 8.00 pagi. Diharap semua muslimin dan muslimat datang awal.

Monday, October 31, 2011

Kuliah Malam Ini-Surau Andalusia

Kuliah Maghrib

Pengajar: Us Hj Burhanuddin B. Hj Wahab

Fekah/Tafsir Surah Yasin


Muslimin muslimat dijemput hadir.

Sunday, October 23, 2011

Kuliah Malam Ini-Surau Andalusia

KULIAH MAGHRIB

Pengajar: Us. Hj Ku Md Ali Ku Ramli

Muslimin muslimat dijemput hadir.

Thursday, October 20, 2011

Pembinaan Masjid BLM - Gambar-gambar

untuk lihat gambar- gambar perkembangan pembinaan masjid....KLIK DI SINI.

kutipan dana pembinaan masjid masih diteruskan, dan wakaf ruang solat juga masih terbuka kepada orang ramai untuk menderma. Sila hubungi jawatan kuasa pembinaan masjid untuk menyumbang dana.

sumbangan anda masih amat dialu-alukan.

Jazakallahu Khairan Kathiran.

Bacaan Surah Yasin.


Semua muslimin dan muslimat dijemput untuk solat berjemaah dan
membaca surah Yasin di Surau Andalusia selepas solat Maghrib
malam ini.

Antara Fadhilat Surah Yasin

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk di baca ke atas orang yang mati."

Credit to: http://www.islamic-info.com/2009/01/fadhilat-surah-yasin.html