Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk melakukan ibadah sunat khusus yang dilakukan pada masa tertentu, iaitu peluang untuk melakukan puasa sunat Hari Asyura. Biasanya Hari Asyura ni, orang kita selalu teringat nak buat bubur je (bubur asyura yg ada macam2 jenis kacang kat dalam tu.. dipanggil juga tepung talam kalau tak silap). Tapi, kerapkali kita melupakan amalan yg lebih utama dilakukan pada hari itu, iaitu berpuasa sunat, berbanding amalan gotong royong masak bubur.
1. Kelebihan :
- Sebenarnya takde amalan yang lebih utama pada hari Asyura, kecuali berpuasa.
Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
- Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yg utama selepas puasa bulan Ramadhan :
“Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)
- Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari2 biasa.. atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaAllah, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :
“Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)
2. Kaedah puasa.
Rukunnya adalah niat dan menahan diri daripada makan dan minum bermula daripada terbit fajar (masuk waktu Subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib).
Niatnya adalah lintasan hati yg mengatakan bahawa kita berpuasa sunat kerana Allah Taala. Waktu berniat adalah sebelum masuk waktu Subuh sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Jadi, kalau belum makan (selepas Subuh) atau belum jimak dsb (pendek kata, belum melakukan perkara2 yg membatalkan puasa), maka boleh berniat sekalipun pada pukul 10 pagi dan meneruskan puasa sampai masuk waktu Maghrib.
3. Berapa hari puasa sunat ini?
Sebenarnya puasanya adalah sehari saja, iaitu pada 10 Muharram (iaitu esok). Tetapi Nabi s.a.w. memerintahkan supaya kita sentiasa membezakan amalan Yahudi yg mengagungkan 10 Muharram itu :
“Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh as-Suyuthi)
Tetapi, kalau puasa hari Asyura (pada 10 Muharram) saja pun takde masalah, dan bukanlah makruh.. tetapi sebaiknya puasa itu diperbanyakkan.. boleh melakukan sehari sebelumnya (macam hari ni, 9 Muharram, dipanggil hari Tasu’a) dan sehari pada 10 Muharram.. atau kalau tak larat nak puasa hari ni, boleh mulakan puasa pada 10 Muharram (esok) dan tambah sehari lagi puasa pada 11 Muharram (lusa). Kalau nak buat 3 hari (9 – 11 Muharram), itu pun boleh juga.. Malah puasa 3 hari berturut ini diamalkan oleh Imam as-Syafie.
Jadi, marilah kita sama2 melakukan puasa sunat ini.
Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita dan menambahkan keberkatan dalam hidup kita.. insyaAllah, amin.
2 comments:
tq 4 sharing
@ KhaiRin
sama-sama berkongsi ilmu.
Post a Comment